About
![]()
Apa kabar semua? Ishykiel di sini. Sebenarnya aku start blog ni pun bukan apa, saja je nak berbual dengan korang semua pasal apa yang ada dalam kepala otak aku ni.Aku dulu bersekolah kat Sekolah Menengah Pasir Ris. Lepas tu tak entah macam mana, aku dapat masuk TPJC pulak. Perkara ni betul-betul menghairankan aku pasal aku belajar pun bukannya macam nak gila. Relak-relak aje. Lepas O level pun makcik dan pakcik aku bukan tanya result aku macam mana, dorang cuma tanya, ITE mana kau masuk? Aku pun cakap aku tengah pilih. Malas ah aku nak layan dorang yang tak fikir tinggi sangat tentang aku ni, terutama pada waktu tu.
Pengalaman di TPJC ada best sikit. Aku try macam-mavam aktiviti kat sekolah. Dapat jadi faculty vice president pada masa tu. Dalam bidang sukan, aku seorang cross country runner di JC dahulu dan selalu masuk pertandingan lari jarak jauh. Dalam bidang bolasepak, aku Vice-Captain di TPJC pada ketika tu dan aku suka sangat main bola sepak dan bangga dengan team aku pasal kita dapat ke East Zone Finals untuk berlawan dengan MacPherson ITE. Kita runners up (Aku sedih macam nak gila) tapi aku bangga team aku tu ada semangat dan kita dapat masuk surat khabar Straits Times pulak tu. Itulah pengalaman aku kat JC sebelum ke NS dimana aku serve sebagai PTI (Physical Training Instructor) di Pulau Tekong.
Lepas TPJC, aku pergi NUS. Dahlah orang semua terperanjat dayak aku masuk JC. Bila aku masuk NUS, lagi orang terperanjat. Maklumlah, aku ni dulu suka takes things easy, main basikal, dengar musik, pelihara ikan dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, hobi aku adalah menerawang di internet, investment dalam saham, personal finance dan perniagaan.
Kat NUS, aku ambik subjek Sociology, English Language dan Malay studies. Aku belajar punya belajar, at last aku dipilih untuk menduduki honours dalam sociology. Lepak ah. Kalau tengok aku masa sekolah menengah, takde orang boleh sangka yang aku boleh sampai ke menara gading pasal aku ni selalu take things easy (Aku tak suka tunjukkan orang kesibukkan aku sebenarnya.)
Aku start blog ni sebab aku nak share dengan semua braders n sisters kat luar sana tentang semua pengalaman, knowledge dan pikiran aku tentang apa yang ada di benak hatiku dan apa yang menarik minatku. Kat blog ni, aku pakai bahasa pasar abis, jadi semua orang boleh paham.
Ok, sampai di sini aje lah buat setakat ni. Datang lah lagi ke blog aku ni kalau nak tahu dengan lebif terperinci tentang aku, pendapat aku, pengalaman hidup aku dan sedikit sebanyak ilmu yang ada.
Ishykiel
-Ahakz-








